AWAL ASHAARI ANAK EMAS USANITA?
June 30th, 2024 / Artikel
BOLEH dikatakan ke mana sahaja program yang dijalankan oleh USANITA Sdn Bhd, pasti kelibat selebriti popular, Awal Ashaari akan kelihatan. Baik penganjuran seminar secara fizikal, mahupun program untuk konten media baharu, nama itu tidak terlepas dalam senarai USANITA.
Ada apa dengan Awal?
Menjawab soalan ini, Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan tersenyum dan sudah mengagak akan soalan-soalan itu akan muncul.
“Saya telah lama mengenali Awal, tetapi memilih dia sebagai pengacara, moderator atau wakil USANITA bukan semata-mata dilakukan atas dasar persahabatan tetapi kerana kebolehannya yang sukar untuk saya nafikan.
“Populariti Awal memang membantu USANITA tetapi pemilihannya juga atas dasar mudah untuk kami bekerjasama kerana Awal amat memahami saya dan USANITA serta tidak berkira,” kata Datuk Adzliana.
Terbaru, Awal terlibat di dalam dua program YouTube USANITA iaitu RUANG USANITA dan bergandingan dengan Datuk Adzliana mengacara UNWRAPPED. Selain itu Awal pernah terlibat di dalam beberapa karnival keusahawanan anjuran USANITA sejak dua tahun lalu.
“Tidak salahkan kalau saya pilih dia? Yang penting dia memberi komitmen yang sangat baik untuk saya dan USANITA. Kadang-kadang ada program mengejut dan saya akan panggil dia walaupun pada saat-saat akhir kerana saya tahu Awal tidak akan mengecewakan,” katanya.