ILMU NIAGA USAHAWAN SUPER HANYA DI BOOTCAMP PERINTIS USANITA

February 26th, 2023 / Artikel Perintis Usanita

KIRA-KIRA 150 usahawan muda dari seluruh negara menerima ilmu perniagaan Usahawan Super menerusi program Bootcamp Perintis Usanita 2.0 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 24 hingga 26 Februari lalu.

Ilmu perniagaan yang merangkumi pelbagai aspek sepanjang tiga hari program berlangsung itu diharap menjadi senjata untuk usahawan praktiskan di dalam dunia perniagaan sebenar. Tajuk-tajuk seperti Mindset Usahawan Super, Rohani Seorang Usahawan, Pitching Like A Pro dan First Impression is Money dipilih untuk menepati pengisian seorang Usahawan Super. 

Barisan speaker pula bukan calang-calang di dalam lapangan masing-masing termasuk Datuk Rosyam Nor, Rizman Nordin (Rizman Ruzaini), Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Zoey Rahman, Azzam Sabtu dan Ustazah Sharifah Kasif serta Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan yang berpengalaman luas di dalam dunia korporat.

“Selain perkongsian oleh para speaker, istimewanya Bootcamp Perintis Usanita juga kepada segmen Shark Tank di mana para peserta diajar bagaimana untuk pitching bagi memenangi hati pembeli atau orang korporat sekiranya mereka perlu membentangkan kertas kerja.

“Bootcamp Perintis Usanita adalah program yang sering dinanti oleh bangsa usahawan yang bukan sahaja berdaftar sebagai Perintis Usanita, malah usahawan lain juga dan kami di Usanita sentiasa terbuka untuk sesiapa yang ingin belajar,” kata Datin Seri Adzliana. 

Berdasarkan sambutan dan permintaan yang menggalakkan, Usanita akan meneruskan siri Bootcamp Perintis Usanita 3.0. Nantikan pengumuman dari semasa ke semasa.

Logo
No 15-2, Tingkat, 2 Jalan Wangsa Delima 13, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur