PELBAGAI INISIATIF KUSKOP UNTUK USAHAWAN

August 17th, 2023 / Artikel Rakan Strategik Kementerian

PROGRAM borak santai tentang keusahawanan Bizspot PM Kool 101 yang diperkasakan oleh Usanita Sdn Bhd sekali lagi menemui pendengar frekuensi radio Media Prima itu dan kali ini lebih istimewa apabila pihak kementerian turut turun ke konti. 

Menariknya sesi kali ini kerana kesudian Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Senator Saraswathy Kandasami untuk berkongsi pelbagai maklumat berkaitan keusahawanan dan perancangan kementeriannya untuk memantapkan lagi bantuan kepada usahawan negara. 

Di dalam konti radio yang dikendalikan oleh penyampai Kool 101 iaitu Hanif Miswan dan Marsila Hassan itu, Senator Saraswathy Kandasami turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan yang sama-sama memberikan idea untuk kemajuan parasa usahawan tempatan. 

“Walaupun namanya borak santai tetapi sepanjang perbualan kami di dalam Bizspot PM Kool 101 ini penuh dengan informasi tentang inisiatif yang dilaksanakan pihak kementerian terhadap pembangunan keusahawanan setempat. 

 “Sebenarnya banyak inisiatif yang telah kerajaan lakukan. Terpulang kepada para usahawan untuk mengambil peluang itu atau tidak, dan di sini pentingnya golongan peniaga ini untuk sentiasa peka dengan perkembangan semasa serta pengumuman bantuan oleh kerajaan. 

“Sama juga di Usanita Sdn Bhd, kami sentiasa mempunyai program yang boleh dimanfaatkan oleh golongan usahawan dan dengan jalinan kerjasama bersama KUSKOP ini nanti, diharapkan dapat membantu lebih ramai mereka yang ingin memulakan perniagaan sebagai jalan keluar daripada kemiskinan,” kata Datuk Adzliana.

Logo
No 15-2, Tingkat, 2 Jalan Wangsa Delima 13, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur