SIDANG MEDIA USANITA ENTERTAINMENT BERSAMA FATTAH AMIN & SOPHIA ALBARAKBAH
December 9th, 2024 / Artikel
9 Dec 2024- Usanita Sdn Bhd, melalui cabang terbarunya, Usanita Entertainment, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai duta eksklusif serta Sophia Albarakbah sebagai wajah baharu untuk tahun 2025.
Sebagai langkah awal yang penting, Usanita Entertainment akan menerbitkan drama bersiri pertama berjudul ‘Aku Cinta Dia’, yang diarahkan oleh Sutradara terkenal, Erma Fatima. Drama ini menampilkan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah sebagai teraju utama. Kerjasama ini menandakan permulaan era baharu bagi penerbitan hiburan tempatan, dengan kedua-dua selebriti bakal terlibat secara aktif dalam pelbagai projek eksklusif di bawah naungan Usanita Entertainment. Telefilem yang berdurasi 90 minit ini bakal diarahkan oleh pengarah tersohor, Erma Fatima. Mengambil pendekatan inovatif, telefilem ini akan disiarkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita. Dijangkakan sebagai salah satu projek “Digital Series” paling dinantikan pada tahun 2025, siri ini membuktikan dedikasi Usanita dalam membawa perubahan inovatif kepada landskap hiburan tempatan.
Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk memperkasa bakat tempatan ke peringkat antarabangsa, Usanita Entertainment dengan bangganya mengumumkan bahawa acara Bridge to Brilliance 3.0 akan diadakan di Oxford, London pada Februari 2025. Dengan pengumuman ini, Usanita Entertainment terus menunjukkan komitmennya untuk memperkasa industri hiburan tempatan sambil meneroka peluang di peringkat global. Nantikan kemunculan telefilem sulung yang penuh inspirasi dan inovasi, serta acara-acara berprestij yang akan membawa jenama Malaysia ke mata dunia.