USANITA RAPATKAN YANG JAUH MENERUSI IFTAR
April 5th, 2024 / Artikel
MAJLIS berbuka puasa atau iftar bukan asing dalam kalangan kita di Malaysia khususnya bagi umat Islam dan menariknya acara ini bukan sekadar untuk berbuka atau menjamu selera malah telah menjadi sebahagian daripada ruang untuk merapatkan jalinan ukhuwah.
Seperti yang pihak USANITA Sdn Bhd lakukan saban tahun juga melihat majlis berbuka puasa bukan sekadar menjamu mereka yang berbuka serta mengutip pahala, malah seiring itu juga para tetamu undangan dapat menjalinkan silaturahim.
“Kepada yang sudah kenal, mungkin akan menjadi lebih rapat. Kepada yang lama tak berjumpa, inilah masanya untuk kembali bersua muka. Kepada yang belum kenal, inilah tempat untuk menjalinkan persahabatan atau mulakan ikatan perniagaan. Di sini tempatnya.
“Tahun ini USANITA bekerjasama dengan AMBER menganjurkan Iftar USANITA x AMBER 2024 saya kerana melihat ia sebagai peluang untuk dua industri di dalam satu acara dan banyak kebaikannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Dato Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.
Lebih 100 tetamu berkumpul di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel EQ Kuala Lumpur pada 5 April lalu. Antara yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Zoey Rahman. Mereka dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan De Fam yang fenomena melalui lagu Alamak Raya Lagi.
Menariknya kata Dato Adzliana, tetamu iftar kali ini turut dapat menyaksikan peragaan koleksi-koleksi raya Amber yang dipakai sebahagian besar selebriti yang hadir serta model.
“Bagi koleksi raya 2024, Amber membawa himpunan rekaan di bawah tema Atma Sari,” katanya yang berpuas hati dengan jualan koleksi Amber sepanjang Ramadan dan Aidilfitri lalu.