USANITA SENTIASA MENGHARGAI SOKONGAN RAKAN STRATEGIK
April 12th, 2023 / Artikel Rakan Strategik
SEBAGAI sebuah syarikat yang memahami kepentingan hubungan dengan rakan bisnes baik individual mahupun organisasi, Usanita Sdn Bhd sentiasa menghargai jalinan kerjasama itu dalam apa jua ketika dan majlis.
Iftar Ramadan 1444H lalu juga menjadi asbab untuk badan pemudahcara ini menghargai rakan-rakan perniagaan, rakan strategik, selebriti, media dan orang perseorangan di samping merapatkan lagi ukhuwah.
Bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur pada 12 April lalu, seramai 150 jemputan memenuhi dewan untuk berbuka puasa bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan dan kakitangan.
“Majlis begini penting untuk saya dan Usanita gunakan ruang bagi mengucapkan penghargaan serta terima kasih kepada mereka yang selama ini baik secara langsung atau tidak langsung mendukung kejayaan Usanita Sdn Bhd.
“Kebanyakan mereka sudah bersama Usanita sejak Usanita baru ditubuhkan hingga kini dan sokongan mereka tidak berbelah bahagi.
“Iftar ini juga suatu tanda sokongan Usanita kepada rakan-rakan strategik yang membantu penjenamaan Usanita dan usaha Usanita membangunkan usahawan golongan B40,” kata Datin Seri Adzliana.
Acara yang diadakan santai itu turut dihadiri wakil-wakil rakan niaga Usanita termasuk Yayasan Kebajikan Negara, Air Asia Academy, Touch n Go e-wallet, Matrade, Kementerian Belia dan Sukan, Media Prima Audio, Buletin FM, usahawan selebriti dan pihak media.