USANITA SUNTIK KECINTAAN PADA NEGARA

August 30th, 2023 / Artikel

KETIKA negara menyambut bulan kemerdekaan, Usanita Sdn Bhd juga tidak ketinggalan memeriahkan semangat Hari Kebangsaan dengan mengedar sebanyak 10,000 bendera kepada masyarakat umum di perkarangan Starhill Bukit Bintang Kuala Lumpur. 

Pada pagi 30 Ogos itu, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan turut melancarkan program Merdeka Kita di depan pengunjung Bukit Bintang. Turut sama melancarkan ialah Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool 101 dan Digital), Shah Hayatudin yang juga rakan strategik Usanita.

“Program Merdeka Kita ini adalah sebahagian usaha Usanita untuk meningkatkan lagi kesedaran dan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang tanpa mengira latar kaum, usia dan agama,” kata Datuk Adzliana.

Selain aktiviti edaran Jalur Gemilang, program selama lima jam itu juga menyaksikan acara cabutan bertuah, pemberian 1000 batang aiskrim Malaysia secara percuma, minuman dan program santai bersama pengunjung yang berada di sekitar kawasan segitiga emas itu.

“Secara umumnya kemerdekaan adalah lambang kebebasan sesebuah negara dan di dalam konteks lain juga, saya melihat ia suatu kemerdekaan untuk golongan Hawa apabila mereka sama-sama membangunkan ekonomi keluarga dan negara. 

“Hari ini wanita sudah mampu berdikari dan mengharumkan nama Malaysia di peta dunia,” katanya.

Logo
No 15-2, Tingkat, 2 Jalan Wangsa Delima 13, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur