USANITA TURUN ILMU BERNIAGA KEPADA PELAJAR UKM
May 31st, 2024 / Artikel
PENGHUJUNG Mei lalu, pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi khususnya dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan bertuah apabila USANITA Sdn Bhd ‘mengirimkan’ bala tenteranya untuk berkongsi ilmu.
Program Karnival Keusahawanan atau Be The Next Entrepreneur (BEINEX) anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM itu diadakan selama tiga hari bermula pada 29 Mei hingga 31 Mei dengan pelbagai pengisian ilmu perniagaan.
Sebagai pemain industri, USANITA berasa amat penting untuk melibatkan diri di dalam program seperti yang dianjurkan oleh para pelajar fakulti tersebut.
“Kami tidak melihat siapa yang ingin belajar, yang penting ilmu dapat disampaikan. Dan dalam hal ini, USANITA amat berbesar hati untuk turun padang ‘mengajar’ pelajar-pelajar fakulti ekonomi terutamanya tentang industri sebenar di luar sana.
“Kalau di kampus mereka belajar secara teori, kami ajarkan mereka apa dan bagaimana yang industri perniagaan perlukan hari ini. Perkembangan teknologi hari ini juga memaksa para usahawan untuk sentiasa peka akan perubahan pesat itu,” kata Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.
Datuk Adzliana merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd berkata, menjadi tanggungjawab USANITA untuk membantu mereka menambah ilmu perniagaan selain silibus yang mereka pelajari di kampus.
BEINEXT UKM X USANITA ini antara lain menampilkan usahawan dan selebriti popular, Awal Ashaari sebagai penceramah bagi slot Personal Branding And Grooming With Master. Tidak ketinggalan wakil USANITA, Shaffiq Ikhqwan menjadi salah seorang daripada juri bagi menghakimi hasil kerja peserta Karnival Keusahawanan BEINEXT.
“Kerjasama ini tidak akan terhenti di sini sahaja kerana kami juga bakal melanjutkannya di dalam pelbagai lagi program bagi manfaat pelajar-pelajar yang ingin kenal industri perniagaan sebenar,” kata Datuk Adzliana.