UTV Buka Era Baharu Penstriman Digital, Angkat Karya Tempatan Ke Arus Perdana

August 29th, 2025 / artikel

KUALA LUMPUR – Industri hiburan digital tanah air menerima suntikan baharu dengan pelancaran UTV, platform Over-The-Top (OTT) oleh Usanita Sdn Bhd yang hadir dengan tagline “Stream For You”.

Berbeza daripada platform lain, UTV memperkenalkan model ‘Pay Per Content’ di mana pengguna hanya membayar kandungan yang ingin ditonton, memberi kebebasan pilihan tanpa komitmen langganan bulanan.

Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan (Datuk Nana), menyifatkan UTV sebagai jambatan antara bakat dan peluang. UTV membuka ruang pitching terbuka kepada penerbit, penulis skrip dan kreator tanpa mengira latar belakang.

“Ramai kreator tempatan ada potensi besar tetapi tiada platform untuk menonjolkan karya. UTV hadir untuk membuka pintu itu dan membimbing mereka dari segi pembangunan kandungan,” katanya.

UTV menampilkan lima segmen utama:

  1. UTV Original – Telefilem & drama eksklusif seperti Aku Cinta Dia dan Hotel Cinta Kamu

  2. UTV Music – Persembahan muzik khas termasuk Showcase Janji oleh Dayang Nurfaizah

  3. UTV Podcast – Wacana dan perbincangan semasa

  4. UTV Talkshow – Bual bicara inspirasi seperti Unwrapped dan Cook With Sheila Rusly

  5. UTV Smart – Kandungan pendidikan & motivasi

Kreator yang berminat boleh menghantar karya melalui e-mel support@utv.com.my atau media sosial @utv.official (Instagram) dan @utvoriginal (TikTok).

Pelancaran ini membuktikan usaha UTV untuk memperkukuh ekosistem seni tanah air serta membawa karya kreatif tempatan ke pentas antarabangsa.

Logo
No 15-2, Tingkat, 2 Jalan Wangsa Delima 13, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur